Anugerah Puteri Disney milik SKTA

KUANTAN 1 Dis. – Dua Tunas Pandu Puteri Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah (SKTA) di sini berjaya mendapat Anugerah Puteri Disney pada majlis Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ke­tua Pesuruhjaya 2016 Peringkat Kebangsaan di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini baru-baru ini. Dua penerima anugerah ber­kenaan ialah Nur Alya Batrisya Mohd. Nizam, 11, dan Anis Safiyya Suhaimi, 11,. 

Ketua Pemimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas SKTA, Nor Azlina Zainal Abidin berkata, penganugerahan Puteri Disney dinilai berdasarkan beberapa elemen yang ditetapkan oleh pihak penilai dan mereka juga perlu menjawab soalan yang terdapat di dalam buku log untuk penilaian. ''Saya gembira kerana dua calon Tunas Pandu Puteri SKTA mendapat Anugerah Puteri Disney yang merupakan anugerah tertinggi peringkat antarabangsa. ''Dalam majlis tersebut, seramai 86 calon Tunas Pandu Puteri dari negeri ini berjaya mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya 2016 dan 10 orang daripadanya dari SKTA,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya 2016 Peringkat Kebangsaan di sini baru-baru ini. Anugerah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Normala Baharudin. 

Sementara itu, Nur Alya Batrisya berkata, dia begitu gembira dan teruja kerana dipilih sebagai penerima anugerah tertinggi tersebut. “Saya gembira menerima anugerah ini yang akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus aktif dalam Persatuan Pandu Puteri,” katanya. Bagi Anis Safiyya pula, dia tidak menyangka dipilih sebagai penerima anugerah itu kerana persaingan antara Tunas Pandu Puteri lain begitu mencabar. 
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment