Projek inovasi guru tumpuan pengunjung

KUALA KANGSAR 14 Mei - Pameran projek inovatif oleh guru Kementerian Pelajaran pada Festival Hari Guru Kebangsaan 2012 di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. 

Pameran itu disertai pemenang yang meraih tempat pertama, kedua dan ketiga dalam empat kategori yang dipertandingkan pada Pertandingan Guru Inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 baru-baru ini. Sebanyak sembilan hasil inovasi guru dalam empat kategori iaitu kumpulan, individu menengah, individu rendah dan prasekolah dipamerkan. 

Antara inovasi yang dipamerkan adalah laman sesawang www.geoandyou.com, Zap it With Lights, Miracle Fingers, Wazan Board, Terowong Cahaya, EZ Draw, Imaging Microscope dan Kacem Citegar. Ia melibatkan inovasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari Sungai Sumun, Perak; SMK Sacred Heart, Sarawak; SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik Petaling Jaya, Selangor. 

Turut dipamerkan ialah inovasi dari Sekolah Menengah Khas Baling, Kedah; Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kulim, Kedah; Sekolah Kebangsaan (SK) Maran, Pahang dan SK Kota Setia, Perak. 

Di samping itu, tiga hasil inovasi guru prasekolah dari SK Parit Serong, Selangor; SK Dato' Sahor, Perak dan SK Kampung Keling, Kelantan iaitu Smart Kiosk, Fun Calculator dan Jayyid Jawi juga dipamerkan pada karnival tersebut. Pameran projek inovatif yang bermula pada 12 Mei lalu terus dibuka untuk kunjungan orang ramai sehingga 16 Mei ini. 

Pelbagai aktiviti dan program disusun bagi pelajar sekolah yang berkunjung ke festival ini termasuk ceramah Bijak Matematik Bersama EZ Math, Bijak Sifir Bersama Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) dan Bijak Mengurus Wang oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment