KWAPM kurang dapat sambutan

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kementerian Pendidikan akan melakukan lebih banyak promosi bagi meningkatkan hasil kutipan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang semakin menurun tahun ini. Abd. Wahid Ahmad Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan, Datuk Abd. Wahid Ahmad berkata, kesedaran masyarakat untuk menderma kepada KWAPM masih rendah. 

Katanya, jumlah kutipan daripada orang ramai tahun lepas telah berkurang daripada RM909,289 kepada RM617,886 (sehingga November lalu). “Hanya satu syarikat milik kerajaan (GLC) yang menderma kepada kita dan kutipan yang diterima daripada individu juga berkurang. “Saya menyeru kepada semua pihak dan individu untuk sama-sama membantu kami menambah peruntukan untuk anak-anak yang kurang bernasib baik ini,” katanya dalam sidang media KWAPM di sini hari ini. 

Tabung tersebut ditubuhkan pada tahun 2003 bertujuan membantu pelajar miskin supaya tidak tercicir daripada meneruskan persekolahan akibat kemiskinan. Tambah Abd. Wahid, secara purata anggaran perbelanjaan yang disalurkan kementerian kepada penerima bantuan KWAPM yang layak adalah sebanyak RM250 juta. “Jumlah itu dapat menampung kira-kira satu juta orang murid miskin dan miskin tegar. 

“Kita berharap lebih banyak pihak tampil memberikan sumbangan bagi meringankan beban kerajaan dan peruntukan yang disediakan boleh digunakan bagi menjayakan program lain,” katanya.
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment