PUTRAJAYA 23 Nov. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) melonggarkan syarat kemasukan ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun hadapan dengan menetapkan keputusan sekurang-kurangnya 3A, 3B bagi calon Semenanjung dan minimum 3A, 2B, 1C bagi calon di Sabah dan Sarawak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat kemasukan baharu itu dibuat selaras dengan pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini.
“Walaupun syarat ini dilonggarkan, kita masih memberi keutamaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar serta calon-calon yang bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, keutamaan diberikan kepada golongan tersebut sebagai salah satu usaha pihaknya untuk membasmi kemiskinan di samping memacu usaha membandarkan luar bandar. Katanya, langkah itu juga selaras dengan matlamat penubuhan MRSM yang bukan sekadar menyediakan peluang pendidikan tetapi merupakan agen perubahan sosio ekonomi penduduk luar bandar melalui pendidikan berkualiti.
0 comments:
Post a Comment