Terima kasih Mara dan MRSM

SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana melonggarkan syarat kemasukan tingkatan satu ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Memang kita sedia maklum setiap kali ada perubahan baharu dalam sistem pendidikan negara, pasti bermacam ragam dan kerenah dirakamkan khususnya dalam kalangan murid yang cuba menyesuaikan diri. 

Sesuai dengan impak keputusan UPSR tahun ini, harapan ramai murid untuk memasuki tingkatan satu di sekolah berasrama penuh yang mulanya difikirkan sudah malap kembali cerah hasil pengumuman Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu. Dengan sekurang-kurangnya 3A 3B di Semenanjung Malaysia dan minimum 3A 2 B 1C untuk murid di Sabah dan Sarawak sudah membolehkan mereka memasuki MRSM tahun hadapan. 

Kelonggaran ini akan membuka peluang luas kepada murid yang gagal mencapai sasaran 6A khususnya daripada keluarga susah dan berpendapatan rendah di luar bandar. Saya berharap sekolah berasrama penuh lain juga akan memberi sedikit kelonggaran untuk kemasukan tingkatan satu 2017 seperti mana diumumkan Mara dan MRSM. BONDA MENGHARAP Kuala Selangor 
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment